Thursday, 2 April 2015

Petua Menghilangkan Daki di Badan


PETUA 1:-
Bahan-bahan : daun sirih, beras
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.
PETUA 2:-
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Wednesday, 1 April 2015

Surah Al-Fatihah Tafsir Ar-Rahman







1 - Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
2 - Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
3 - Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.
4 - Yang Menguasai Pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
5 - Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah.dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6 - Tunjukilah kami jalan yang lurus
7 - Iaitu jalan orang orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka ,bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai,dan bukan pula jalan orang-orang yaang sesat