Friday, 19 June 2015

Windows Button



JANGAN SANGKA TOMBOL WINDOWS ITU TIDAK BISA APA-APA, COBA KALIAN PELAJARI DIBAWAH INI !!
1. Kalau kamu mau meninggalkan mejamu sebentar, kamu bisa menekan tombol Windows dan tahan kemudian tekan L, dengan begini layar kamu akan terkunci dengan sendirinya, tidak perlu khawatir ada yang menyalahgunakan komputermu.
2. Ketika mau cari dokumen, orang biasa akan membuka "my computer". Bagi professional, dia akan menekan tombol windows+E, dan kamu akan langsung masuk ke PC Manager.
3. Bos kamu datang ketika kamu main game! Bagaimana? Jangan gegabah! Langsung tekan windows+D, kamu akan langsung masuk ke dekstopmu!
4. Trik – trik yang mewah, tekan windows +tab, layar kamu akan terganti menjadi 3D
5. Alat perekam di dalam windows. Tekan saja windows+R dan ketik psr.exe, setelah itu kamu bisa langsung memulai rekaman.
6. Windows +R dan masukan osk, layar kamu akan muncul keyboard virtual!
7. Gambar / tulisan di layar terlalu kecil, tekan windows ditambah "+" atau"-" ,dan kaca pembesar akan muncul di layar, kamu bisa memperbesar atau memperkecil gambar di layar!
8. Sekarang ini computer kita banyak program, contohnya ID, dan kita akan membuka banyak halaman di browser kita. Dengan ctrl+Tab, kamu bisa menukar halaman di browsermu. Dan tekan ctrl+w, kamu bisa langsung menutup halaman yang sedang dibuka.
9. Ctrl+Esc memunculkan layar Start
10. alt+space+c menutup halaman yang sedang dibuka.
Semoga Bermanfaat.

Friday, 5 June 2015

KISAH NABI SAMSON " SAM'UN GHOZI AS "


Nabi Samson,
Nabi Yang Tidak Memiliki Pengikut 1 Orang-pun .
Kisah Nabi Sam’un Ghozi AS ( Samson ) salah satu dari 124.000 Nabi .
Seperti yang diketahui di dalam ajaran Islam, bahwa Jumlah Nabi menurut hadits yaitu 124.000 Orang, dan Rasul berjumlah 312 Orang, sesuai rukun iman ke-4 di dalam rukun iman diwajibkan untuk mengetahui 25 orang nabi dan rasul .
Dari Abi Zar ra, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi,”
Jumlah para nabi itu adalah seratus dua puluh empat ribu ( 124.000 ) nabi.”” Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka ?
”Beliau menjawab, ”
Tiga ratus dua belas ( 312 ) Orang . ”
( Hadits Riwayat At-Turmuzy )
Samson atau Simson, merupakan seorang nabi di dalam ajaran islam yang dikenal dengan nama Nabi Sam’un Ghozi AS .
Kisah nabi ini, terdapat di dalam kitab-kitab, seperti kitab Muqasyafatul Qulub dan kitab Qishashul Anbiyaa .
Nabi Sam’un Ghozi AS memiliki kemukjizatan, yaitu dapat melunakkan besi, dan dapat merobohkan istana .
Cerita Nabi Sam’un Ghozi AS adalah kisah Israiliyat yang diceritakan turun-temurun di jazirah Arab .
Cerita ini melegenda jauh sebelum Rasulullah lahir .
Dari kitab Muqasyafatul Qulub karangan al Ghazali,
diceritakan bahwa Rasulullah berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan .
Kemudian Rasulullah bercerita tentang seorang Nabi bernama Sam’un Ghozi AS, beliau adalah Nabi dari Bani Israil yang diutus di tanah Romawi .
Dikisahkan Nabi Sam’un Ghozi AS berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah Subhanahu wa Ta’ala .
Ketangguhan dan keperkasaan Nabi Sam’un dipergunakan untuk menentang penguasa kaum kafirin saat itu, yakni raja Israil .
Akhirnya sang raja Israil mencari jalan untuk menundukkan Nabi Sam’un. Berbagai upaya pun dilakukan olehnya, sehingga akhirnya atas nasehat para penasehatnya diumumkanlah, barang siapa yang dapat menangkap Sam’un Ghozi, akan mendapat hadiah emas dan permata yang berlimpah .
Singkat cerita Nabi Sam’un Ghozi AS terpedaya oleh isterinya. Karena sayangnya dan cintanya kepada isterinya, nabi Sam’un berkata kepada isterinya,” Jika kau ingin mendapatkanku dalam keadaan tak berdaya, maka ikatlah aku dengan potongan rambutku .
”Akhirnya Nabi Sam’um Ghozi AS diikat oleh istrinya saat ia tertidur, lalu dia dibawa ke hadapan sang raja .
Beliau disiksa dengan dibutakan kedua matanya dan diikat serta dipertontonkan di istana raja. Karena diperlakukan yang sedemikian hebatnya, Nabi Sam’un Ghozi AS berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .
Beliau berdoa dengan dimulai dengan bertaubat, kemudian memohon pertolongan atas kebesaran Allah.
Do’a Nabi Sam’un dikabulkan, dan istana raja bersama seluruh masyarakatnya hancur beserta isteri dan para kerabat yang mengkhianatinya .
Kemudian nabi bersumpah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, akan menebus semua dosa-dosanya dengan berjuang menumpas semua kebathilan dan kekufuran yang lamanya 1000 bulan tanpa henti .
Semua itu atas Hidayah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala .
Ketika Rasulullah selesai menceritakan cerita Nabi Sam’un Ghozi AS yang berjuang fisabilillah selama 1000 bulan, salah satu sahabat nabi berkata :
” Ya Rasulullah, kami ingin juga beribadah seperti nabiyullah Sam’un Ghozi AS . Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, diam sejenak .
Kemudian Malaikat Jibril AS datang dan mewahyukan kepada beliau, bahwa pada bulan Ramadhan ada sebuah malam, yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan .
Pada kitab Qishashul Anbiyaa, dikisahkan, bahwa Rasullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam tesenyum sendiri, lalu bertanyalah salah seorang sahabatnya,”
Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah ?
”Rasullah menjawab, ” Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika dimana seluruh manusia dikumpulkan di mahsyar .
Semua Nabi dan Rasul berkumpul bersama umatnya masing- masing, masuk ke dalam surga .
Ada salah seorang nabi yang dengan membawa pedang, yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam surga, dia adalah Sam’un .
”Demikian kisah Nabi Sam’un Ghozi AS atau yang lebih dikenal dengan Samson atau Simson .
Semoga dari kisah ini, dapat kita petik sebuah pelajaran di dalamnya .
Semoga Bermanfaat

Wednesday, 20 May 2015

Kesan buruk tabiat melancap







Melancap ialah perbuatan dengan sengaja mengeluarkan air mani dengan menggunakan tangan, iaitu menggoncang atau mengusap zakar sehingga terpancut keluar air mani. Ia dilakukan samada secara bersendirian atau diiringi dengan melihat bahan lucah.

Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, kedua-dua kaum ini boleh terjebak dengan perbuatan melancap. Mereka yang muda remaja ini penuh rasa ingin tahu dan ingin mencuba. Bila dah terjebak, ketagih pula.

Dalam istilah agama, tabiat melancap zakar dikiaskan sebagai "tabiat yang rahasia". Di sini kita cuba lihat apakah kesan buruk melancap dari sudut kesihatan tubuh badan.


Melancap memerlukan tenaga yang banyak. Ia membakar banyak kalori. Namun jika ia dilakukan secara luar biasa contohnya dengan melancap setiap hari, kesan-kesan kesihatan yang tidak bagus akan timbul.

Kajian mendapati orang yang kuat melancap akan menjadi lemah daya tumpuan dan juga menjadi pelupa. Disebabkan banyak masa mereka terbuang dengan melancap, mereka juga akan tersisih dari sudut sosial. Perasaan rendah diri menjadi kebiasaan bagi orang yang biasa melancap. Mereka biasanya suka menyendiri dan juga tidak banyak bercakap. Dalam sesetengah kes, prestasi akademik dan sukan dilihat merosot.


Dengan banyak tenaga terbuang, tubuh mereka memerlukan banyak sumber untuk tubuh berfungsi pada tahap normal, ini akan menyebabkan tubuh dipaksa bekerja lebih masa, jadi orang yang kuat melancap akan senantiasa keletihan dan lesu. Terdapat juga kes di mana wajah mereka kelihatan lebih tua dari usia sebenar mereka. Kesan ini akan dapat dilihat bila umur mereka mula memasuki 30 an. Ini kerana kebiasaannya usia remaja mula melancap ialah sekitar 12 hingga 15 tahun dan dilakukan berterusan sehinggalah umur mencecah 30an.


Pada tahap umur inilah kesan buruk akibat melancap akan dapat dirasai. Dan pada tahap ini sudah terlewat untuk menyesal atau berpatah balik.


Jika mereka berkahwin, mereka akan mendapat simptom air mani terpancut dengan cepat. Ini menjadi masalah kerana pasangan isteri akan merasa tiadak puas. Bahkan ada sesetengah kes, air mani akan terpancut bila saja zakar dimasukkan kedalam faraj dan mereka belum pun berbuat apa apa! Ini menjadi masalah kepada kedua dua pihak lelaki dan perempuan kerana hubungan seks yang normal menjadi sesuatu hal yang sukar.


Jadi bagaimana mahu berhenti dari tabiat ini?


Sebenarnya tabiat ini jika dimulakan akan menjadi suatu ketagihan yang berat sama seperti rokok dan dadah! Ia amat berat untuk ditinggalkan jika sudah terjebak, percayalah.

Apa yang perlu ialah permulaan. Bila ia bermula, maka sukarlah hendak berhenti.


Tidak kira sekuat mana pun semangat anda, anda tidak akan mampu untuk berhenti, ia memang suatu ketagihan yang setaraf dengan rokok dan dadah. Bahkan rokok dan dadah, anda perlu keluarkan duit, tapi melancap tidak memerlukan modal besar. Jadi sebenarnya ia lebih merbahaya. Perbandingan scan otak orang ketagihan melancap mendapati corak edaran sel-sel hormon yang sama dengan panagih heroin!


Zaman sekarang pun serba canggih. Bahan lucah ada di mana-mana. Video porno boleh di ekses dengan percuma sahaja di internet. Nattijahnya
lelaki zaman canggih ini akan menjadi lebih sukar mengawal diri. Kepala atas tak boleh kawal kepala bawah. Akibatnya, kepala atas dengar cakap kepala bawah? Aduh, minta ampun.. Apa nak jadi? Mana kawalan diri?


Inilah sebabnya orang ketagihan melancap tidak gembira walaupun fizikal merasa sedap, kerana mereka tidak mampu mengawal diri. Otak terpaksa patuh arahan tubuh. Terbalik bukan? Jadi mental mereka jadi lemah. Karekter menjadi tidak stabil. Karekter di bentuk oleh pengalaman hidup. Sebab itu mereka suka menyisihkan diri dari masyarakat, kerana rasa rendah diri. Bahkan untuk menjawap panggilan telefon pun malu? Itulah kesan pada mental. 

Dugaan zaman ini amatlah berat. Namun begitu, jika anda berusaha dan mahu berhenti, ada juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Kuatkan azam, bulatkan tekad. Tulis azam anda.

Kata bijak pandai, nafsu itu umpama kuda liar. Kita bukan disuruh membunuhnya. Tapi jinakkan dia supaya ia mampu bawa kita. Macam mana nak jinakkan kuda liar? Sukar kan? Tapi ada caranya dan kenalah hadapinya. Lemahkan kuda itu. Sekat sumber logistiknya (bahan lucah dan hiburan). Sekat sumber tenaganya (puasa). Bebankan ia dengan beban (beribadah) bertubi-tubi. Beribadah sehingga letih nak buat maksiat.     

Suasana juga penting. Libatkan diri dengan aktiviti yang sihat dan jadi manusia yang positif dan menyumbang kepada masyarakat. Bercampurlah dengan orang soleh dan berilmu. Sibukkan diri dengan program agama atau program ilmu yang bermanfaat. Tidak ada jalan mudah nak menjinakkan kuda liar itu. Nak tak nak itulah caranya. Namun jika istiqomah akan ada hasilnya, Insya Allah. Minta bantuan juga dari tuhan dengan berdoa.

Buat satu log catatan untuk setiap hari yang anda berjaya tidak melancap. Jika anda berjaya berhenti selama 60 hari berterusan, maka besar kemungkinan anda sudah boleh berjaya menakluk dan menjinak si kuda liar itu. Bila kita dah jadi tuan pada kuda itu, jagalah ia.

Teruskan hidup dengan positif. Kejarlah benda lain dalam hidup. Matlamat yang realistik perlu ada. Gunakan masa untuk kejar matlamat itu. Contohnya, mahu simpan duit sebanyak RM 100 ribu. Mahu beri emak RM 10 ribu. Bina perniagaan sendiri di internet, contohnya seperti BIO-ASLI, dan banyak lagi matlamat positif yang boleh anda kejar.

Yang pasti hidup anda mestilah ada matlamat dan tidak boleh hidup hayut begitu sahaja tanpa matlamat. Kalau boleh cuba elakkan daripada duduk bersendirian kerana perasaan untuk kembali melakukan perbuatan itu akan menjadi kuat semula. Jauhi dari bahan2 lucah kerana ia akan menjadi candu yang menarik anda kembali melakukan perbuatan itu

Tuhan tidak mencipta hawa nafsu dengan sia-sia. Kita diberikan akal untuk berfikir. Hawa nafsu ini pemandunya ialah hati. Jika hati itu hati yang beriman maka ia akan di pandu ke arah kebaikan. Jika pun ia berdepan dugaan, ia mampu membuat nafsu tunduk.

Akhir sekali ingatlah kat bidalan lama yang amat terkesan ini. "Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu lesu."

Saturday, 16 May 2015

Israk dan Mikraj


اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان
Maksudnya: "Ya Allah,ya tuhanku.berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan(hidupkan) kami ke bulan(sehingga) Ramadhan."(HR Baihaki)

Sebagaimana diriwayatkan dari Anas R.A
"Adalah Rasullah ﷺ apabila masuk bulan Rejab, Baginda membaca doa tersebut"(ruj.Al-Azkar)

Diantara perkara penting yang berlaku didalam bulan Rejab ialah israk dan mikraj.
Berikut adalah Kronologi israk dan mikraj :

1.Sebelum Israk dan Mikraj.
Rasullah mengalami pembedahan dada/perut,dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mika'il.Hati baginda  dicuci dengan air zam-zam,dibuang ketul hitam(alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-was.Kemudian dituangkan hikmat,ilmu dan iman ke dalam dada rasullah ﷺ.setelah itu, dadany dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".Selesai pembedahan,didatangkan binatang bernama buraq untuk ditunggangi oleh Rasullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israk itu.

2.Semasa Israk (perjalanan dari Masjidil-Haram ke masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan(israk)itu Rasullah ﷺ diiringi(ditemani oleh malaikat Jibril dan Israfil.Tiba ditempat-tempat tertentu(tempat2 yang mulia dan bersejarah), Rasullah ﷺ telah diarahkan oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.Antara tempat berkenaan ialah : 

  • Negeri Thaibah (Madinah) tempat dimana Rasullah ﷺ akan melakukan hijrah.
  • Bukit Tursina, iaitu tempat Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
  • Baitul-Lahan (tempat nabi Isa AS dilahirkan.
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasullah ﷺ menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib antaranya ;

-Kaum y sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka apabila dituai,hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.Hal ini berlaku berulang-ulang.Rasullah ﷺ diberitahu oleh jibril.Itulah kaum yang berjihad 'fisabilillah' yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

-Tempat yang berbau harum.Rasullah ﷺ diberitahu oleh Jibril,itulah bau kubur masyitah(jurusolek isteri firaun) bersama suaminy dan anak-anakny(termasuk bayi yang dapat bercakapuntuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah(tak mahu mengakui firaun sebagai Tuhan)

-Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.Setiap kali dipecahkan,kepala mereka sembuh kembali,lalu dipecahkan semula.Demikian dilakukan berkali-kali.Jibril memberitahu Rasullah ﷺ .Itulah orangorang yang berat kepala mereka untuk sujud(sembahyang).

-Sekempulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka(qubul dan dubur) dengan secebis kain.mereka dihalau seperti binatang ternakan.Mereka makan bara api dan batu dari neraka jahanam.Kata jibril itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ad disisi mereka.Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing2 mempunyai isteri/suami.

-Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.Kata Jibril itulah orang yang makan riba.

-lelaki yang menghimpun sebekas kayu dan dia tak terdaya memikulny.tapi ditambah lagi kayu yang lain.Kata Jibril itulahorang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanahyang lain.

-Satu kaum yang sedang mengunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali kali setiap kali digunting,lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.Kata Jibril itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya

-Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.Kata Jibril itulah orang yang memakan daging manusia(mungumpat) dan menjatuhkan maruah(mencela,menghinakan)orang.

-Seekor lembu jantan yang besarkeluar dari lubang yang sempit.Tak dapat dimasukkan semula lubang itu.kata jibril itulah orang yang bercakap besar(takabbur)kemudian menyesal,tapi sudah terlambat.

-Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.Rasullah tidak mempedulikan nya.Kata Jibril itulah dunia.Jika Rasullah memberi perhatian kepadanya,nescaya umat islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

-Seorang perempuan tua duduk ditengah jalan dan menyuruh Rasullah berhenti.Rasullah ﷺ.Rasullah tidak menghiraukany kata Jibril itulah orang yang mengsiakan umurnya sampai ke tua.

-Seorang perempuan bongkok tiga menahan rasullah untuk bertanyakan sesuatu.Kata Jibril itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjidil-Aqsa,Rasullah ﷺ turun dari Buraq.Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimam kan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia' dan mursalin menjadi makmum.

Rasullah ﷺ terasa dahaga ,lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu.Rasullah memilih susu lalu diminumny.Kata Jibril Baginda membuat pilihan yang betul.Jika arak itu dipilih.Nescaya ramai ummat baginda akan menjadi sesat.

3.Semasa Mikraj (naik Ke Hadhratul-Qudus menemui Allah)

Didatangkan mikraj (tangga) yang indah dari syurga.Rasullah ﷺ dan Jibril Naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia(pintu Hafzhah).

Langit Pertama : Rasullah ﷺ dan Jibril masuk ke langit pertama.lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudia dapat melihat orang2 yang memakan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelalakuan mereka sangat hodoh dan buruk.Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua : Nabi ﷺ dan jibril naik ke tangga langit kedua.lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

Langit Ketiga : Naik ke tangga langit ke empat .lalu bertemu dengan Nabi Yusuff AS.

Langit Keempat : Naik Tangga keempat .Bertemu dgn nabi Idris AS.

Langit Kelima : Naik Tangga kelima .Bertemu dengn Nabi Harun AS yg dikelilingi oleh kaumnya bani israil..

Langit Keenam : Naik Tangga langit keenam Bertemu dgn Nabi-Nabi.Seterusnya dengan Nabi Musa AS.Rasullah mengankat kepala(disuruh jibril) lalu dapat melihat ummat baginda sendiri yang ramai.Termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang bersandar di Baitul Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.Kepada Rasullah ﷺ nabi Ibrahim As bersabda " Engkau akan berjumpa dgn Allahpada malam ini,ummatmu ada lah ummat akhir umat dan terlalu dhaif,maka berdoalah untuk umatmu.suruhlah ummatmu menanam tanaman syurga iaitu لا حول قوة الا بلله "


Mengikut Riwayat lain,Nabi Ibrahim AS bersabda,"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,syurga itu amat baik tanahnya,tawar airnya dan tanamany ialah lima kalimah,iaitu : سبحان الله , والحمدللله , ولا اله الله ,الله اكبر ,لا حول قوة الا بلله

Bagi orang yang membaca kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib.Rasullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyyang(Baitul-Makmur ini betul2 di atas Baitullah mekah.)

Tangga Kelapan : Disinilah disebut "al-kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.Rasullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.Sungai air yang tak berubah,sungai susu,sungai arak dan sungai madu lebah.Buah,daun-daun,batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.unggas2 emas berterbangan.Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.Baginda Rasullah  dapat menyaksikan pula sungai Al-Kausar yang terus masuk ke syurga.Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malik penunggunya.

Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasullah ﷺ masuk dalam nur dan naik ke mustawa dan Sharirul-Aqlam.Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur 'arash iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki Ibubapany.

Tangga kesepuluh : Baginda Rasullah ﷺ Sampai di Hadhratul-qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu menyaksikan Allah S.W.T dgn mata mata kepalanya,lantas sujud.Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad,Rasul-Nya:

Allah S.W.T    : Ya Muhammad
Rasullah  : Labbaika
Allah S.W.T    : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah,kami perkenankan.
Rasullah  : Ya Rabb,Engkau telah ambil Ibrahim sebagai khalil,dan engkau berikan dia kerajaan yang besar.Engkau berkata kata dengan musa.Engkau berikan daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.Engkau kurniakan kerajaan kepada sulaiman yang tidak Egkau tidak kurniakan kepada sesiapapun dan memudahkan sulaiman menguasai jin,manusia,syaitan dan angin.Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil.Dengan izin-Mu,dia dapat menyembuhkan orang buta,orang sufaq dan menghidupkan orang mati.Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T    : Aku ambilmu sebagai kekasih,Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.Aku jadikan umatmu sebaik baik umat.Aku berikan keutamaan dan keistimewaaan kepadamu pada hari qiamat.Aku kurniakan tujuh ayat surah Al-Fatihah yang tidak aku kurniakan sesiapa sebelummu.aku kurniakanmu ayat ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bwah Arash.Aku berikan habuan daripada kelebihan islam,hijrah,sedekah dan umar makruf dan nahi munkar.Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd,maka Adam dan semua yang lainnya di bawah bawah panji2mu.Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu sembahyang)


4.Selesai munajat

Rasullah ﷺ dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasullah ﷺ merayu kepada Allah S.W.T agar diberikan keringanan,mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.Selepas sembilan kali merayu,(setiap kali dikurangkan lima waktu),akhirnya Allah perkenan menfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahalany sebanyak 50 waktu juga.

5.Selepas Mikraj

Rasullah ﷺ turun ke langit dunia semula.seterusnya turun ke baitul-maqdis.lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke meqah pada malam yang sama.Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi(bukti) peristiwa israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam isnin,27Rejab,kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).Wallahu'alam.

(sumber :Kitab Jam'ul-Fawwa'id)

Kesimpulannya,peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap 27 Rejab menjelang.Adalah penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.Peristiwa Israk dan Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh dgn pengajaran seharusnya memberi penginsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam israk dan mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan pelbagai-bagai kejahatan.kejadian israk dan mikraj juga adalah untuk menguji umat islam(apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).Orang-orang kafir pada zaman Nabi ﷺ langsung tidak mempercayai, malah memperolok-olokkan Nabi sebaik baik  bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian mukjizat yang membuktukan kudrat dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.Allah S.W.T telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.

Wallahua'lam.........


Thursday, 14 May 2015

Waktu Subur Wanita



KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.
JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada
hari pertama.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam
satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14

Credit : fb Pakar Sakit Puan

Thursday, 2 April 2015

Petua Menghilangkan Daki di Badan


PETUA 1:-
Bahan-bahan : daun sirih, beras
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.
PETUA 2:-
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Wednesday, 1 April 2015

Surah Al-Fatihah Tafsir Ar-Rahman







1 - Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
2 - Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
3 - Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.
4 - Yang Menguasai Pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
5 - Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah.dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6 - Tunjukilah kami jalan yang lurus
7 - Iaitu jalan orang orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka ,bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai,dan bukan pula jalan orang-orang yaang sesat