اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان
Maksudnya: "Ya Allah,ya tuhanku.berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan(hidupkan) kami ke bulan(sehingga) Ramadhan."(HR Baihaki)
Sebagaimana diriwayatkan dari Anas R.A
"Adalah Rasullah ﷺ apabila masuk bulan Rejab, Baginda membaca doa tersebut"(ruj.Al-Azkar)
Diantara perkara penting yang berlaku didalam bulan Rejab ialah israk dan mikraj.
Berikut adalah Kronologi israk dan mikraj :
1.Sebelum Israk dan Mikraj.
Rasullah ﷺ mengalami pembedahan dada/perut,dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mika'il.Hati baginda ﷺ dicuci dengan air zam-zam,dibuang ketul hitam(alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-was.Kemudian dituangkan hikmat,ilmu dan iman ke dalam dada rasullah ﷺ.setelah itu, dadany dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".Selesai pembedahan,didatangkan binatang bernama buraq untuk ditunggangi oleh Rasullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israk itu.
2.Semasa Israk (perjalanan dari Masjidil-Haram ke masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan(israk)itu Rasullah ﷺ diiringi(ditemani oleh malaikat Jibril dan Israfil.Tiba ditempat-tempat tertentu(tempat2 yang mulia dan bersejarah), Rasullah ﷺ telah diarahkan oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.Antara tempat berkenaan ialah :
- Negeri Thaibah (Madinah) tempat dimana Rasullah ﷺ akan melakukan hijrah.
- Bukit Tursina, iaitu tempat Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
- Baitul-Lahan (tempat nabi Isa AS dilahirkan.
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasullah ﷺ menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib antaranya ;
-Kaum y sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka apabila dituai,hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.Hal ini berlaku berulang-ulang.Rasullah ﷺ diberitahu oleh jibril.Itulah kaum yang berjihad 'fisabilillah' yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
-Tempat yang berbau harum.Rasullah ﷺ diberitahu oleh Jibril,itulah bau kubur masyitah(jurusolek isteri firaun) bersama suaminy dan anak-anakny(termasuk bayi yang dapat bercakapuntuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah(tak mahu mengakui firaun sebagai Tuhan)
-Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.Setiap kali dipecahkan,kepala mereka sembuh kembali,lalu dipecahkan semula.Demikian dilakukan berkali-kali.Jibril memberitahu Rasullah ﷺ .Itulah orangorang yang berat kepala mereka untuk sujud(sembahyang).
-Sekempulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka(qubul dan dubur) dengan secebis kain.mereka dihalau seperti binatang ternakan.Mereka makan bara api dan batu dari neraka jahanam.Kata jibril itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
-Satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ad disisi mereka.Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing2 mempunyai isteri/suami.
-Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.Kata Jibril itulah orang yang makan riba.
-lelaki yang menghimpun sebekas kayu dan dia tak terdaya memikulny.tapi ditambah lagi kayu yang lain.Kata Jibril itulahorang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanahyang lain.
-Satu kaum yang sedang mengunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali kali setiap kali digunting,lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.Kata Jibril itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya
-Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.Kata Jibril itulah orang yang memakan daging manusia(mungumpat) dan menjatuhkan maruah(mencela,menghinakan)orang.
-Seekor lembu jantan yang besarkeluar dari lubang yang sempit.Tak dapat dimasukkan semula lubang itu.kata jibril itulah orang yang bercakap besar(takabbur)kemudian menyesal,tapi sudah terlambat.
-Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.Rasullah tidak mempedulikan nya.Kata Jibril itulah dunia.Jika Rasullah memberi perhatian kepadanya,nescaya umat islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
-Seorang perempuan tua duduk ditengah jalan dan menyuruh Rasullah berhenti.Rasullah ﷺ.Rasullah tidak menghiraukany kata Jibril itulah orang yang mengsiakan umurnya sampai ke tua.
-Seorang perempuan bongkok tiga menahan rasullah untuk bertanyakan sesuatu.Kata Jibril itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjidil-Aqsa,Rasullah ﷺ turun dari Buraq.Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimam kan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia' dan mursalin menjadi makmum.

Rasullah ﷺ terasa dahaga ,lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu.Rasullah memilih susu lalu diminumny.Kata Jibril Baginda membuat pilihan yang betul.Jika arak itu dipilih.Nescaya ramai ummat baginda akan menjadi sesat.
3.Semasa Mikraj (naik Ke Hadhratul-Qudus menemui Allah)
Didatangkan mikraj (tangga) yang indah dari syurga.Rasullah ﷺ dan Jibril Naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia(pintu Hafzhah).
Langit Pertama : Rasullah ﷺ dan Jibril masuk ke langit pertama.lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudia dapat melihat orang2 yang memakan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelalakuan mereka sangat hodoh dan buruk.Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Langit Kedua : Nabi ﷺ dan jibril naik ke tangga langit kedua.lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
Langit Ketiga : Naik ke tangga langit ke empat .lalu bertemu dengan Nabi Yusuff AS.
Langit Keempat : Naik Tangga keempat .Bertemu dgn nabi Idris AS.
Langit Kelima : Naik Tangga kelima .Bertemu dengn Nabi Harun AS yg dikelilingi oleh kaumnya bani israil..
Langit Keenam : Naik Tangga langit keenam Bertemu dgn Nabi-Nabi.Seterusnya dengan Nabi Musa AS.Rasullah mengankat kepala(disuruh jibril) lalu dapat melihat ummat baginda sendiri yang ramai.Termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang bersandar di Baitul Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.Kepada Rasullah ﷺ nabi Ibrahim As bersabda " Engkau akan berjumpa dgn Allahpada malam ini,ummatmu ada lah ummat akhir umat dan terlalu dhaif,maka berdoalah untuk umatmu.suruhlah ummatmu menanam tanaman syurga iaitu لا حول قوة الا بلله "

Mengikut Riwayat lain,Nabi Ibrahim AS bersabda,"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,syurga itu amat baik tanahnya,tawar airnya dan tanamany ialah lima kalimah,iaitu : سبحان الله , والحمدللله , ولا اله الله ,الله اكبر ,لا حول قوة الا بلله
Bagi orang yang membaca kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib.Rasullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyyang(Baitul-Makmur ini betul2 di atas Baitullah mekah.)
Tangga Kelapan : Disinilah disebut "al-kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.Rasullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.Sungai air yang tak berubah,sungai susu,sungai arak dan sungai madu lebah.Buah,daun-daun,batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.unggas2 emas berterbangan.Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.Baginda Rasullah ﷺ dapat menyaksikan pula sungai Al-Kausar yang terus masuk ke syurga.Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malik penunggunya.
Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasullah ﷺ masuk dalam nur dan naik ke mustawa dan Sharirul-Aqlam.Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur 'arash iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki Ibubapany.
Tangga kesepuluh : Baginda Rasullah ﷺ Sampai di Hadhratul-qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu menyaksikan Allah S.W.T dgn mata mata kepalanya,lantas sujud.Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad,Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad
Rasullah ﷺ : Labbaika
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah,kami perkenankan.
Rasullah ﷺ : Ya Rabb,Engkau telah ambil Ibrahim sebagai khalil,dan engkau berikan dia kerajaan yang besar.Engkau berkata kata dengan musa.Engkau berikan daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.Engkau kurniakan kerajaan kepada sulaiman yang tidak Egkau tidak kurniakan kepada sesiapapun dan memudahkan sulaiman menguasai jin,manusia,syaitan dan angin.Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil.Dengan izin-Mu,dia dapat menyembuhkan orang buta,orang sufaq dan menghidupkan orang mati.Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih,Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.Aku jadikan umatmu sebaik baik umat.Aku berikan keutamaan dan keistimewaaan kepadamu pada hari qiamat.Aku kurniakan tujuh ayat surah Al-Fatihah yang tidak aku kurniakan sesiapa sebelummu.aku kurniakanmu ayat ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bwah Arash.Aku berikan habuan daripada kelebihan islam,hijrah,sedekah dan umar makruf dan nahi munkar.Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd,maka Adam dan semua yang lainnya di bawah bawah panji2mu.Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu sembahyang)
4.Selesai munajat
Rasullah ﷺ dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasullah ﷺ merayu kepada Allah S.W.T agar diberikan keringanan,mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.Selepas sembilan kali merayu,(setiap kali dikurangkan lima waktu),akhirnya Allah perkenan menfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahalany sebanyak 50 waktu juga.
5.Selepas Mikraj
Rasullah ﷺ turun ke langit dunia semula.seterusnya turun ke baitul-maqdis.lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke meqah pada malam yang sama.Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi(bukti) peristiwa israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam isnin,27Rejab,kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).Wallahu'alam.
(sumber :Kitab Jam'ul-Fawwa'id)
Kesimpulannya,peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap 27 Rejab menjelang.Adalah penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.Peristiwa Israk dan Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh dgn pengajaran seharusnya memberi penginsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam israk dan mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan pelbagai-bagai kejahatan.kejadian israk dan mikraj juga adalah untuk menguji umat islam(apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).Orang-orang kafir pada zaman Nabi ﷺ langsung tidak mempercayai, malah memperolok-olokkan Nabi sebaik baik bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian mukjizat yang membuktukan kudrat dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.Allah S.W.T telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.
Wallahua'lam.........
No comments:
Post a Comment